KUALA LUMPUR – Perbuatan menanda tempat letak kenderaan awam atau lebih dikenali sebagai ‘cop parking’ menggunakan kerusi, kon, pasu bunga, berdiri atas petak dan sebagainya di atas petak meletakkan kenderaan boleh didenda atau penjara jika disabit kesalahan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, undang-undang berkenaan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta…










