Cabaran jururawat berkhidmat di Tanah Suci - Utusan Malaysia

Cabaran jururawat berkhidmat di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 27 Julai – Cabaran jururawat dan kakitangan perubatan berkhidmat di Tanah Suci sangat berbeza kerana mereka perlu bermula dari sebuah tempat yang kosong, sebelum menjadikannya sebagai sebuah pusat rawatan.

Ketua Jururawat Pusat Rawatan Tabung Haji Syisyah, Zarinah Man berkata, keadaan itu sangat berbeza dengan pengalaman bertugas di tanah air kerana mereka hanya perlu memberi perkhidmatan kepada pesakit di hospital atau klinik yang telah sedia ada.

“Bayangkan kami hanya masa beberapa hari bersama kakitangan perubatan lain untuk membuka hospital atau klinik yang bermula dari sebuah hotel atau bangunan biasa,” katanya kepada wartawan di sini, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, selain itu, mereka juga perlu mencari masa untuk melakukan ibadat kerana telah berada di Tanah Suci atau boleh melakukannya ketika mengiringi jemaah yang memerlukan.

“Sudah tentu peluang dapat berkhidmat melayan Tetamu Allah yang memerlukan rawatan adalah satu hadiah atau rahmat tersendiri, selain dapat bertemu dengan rakan-rakan baru,” tambahnya.

Sebanyak 66 orang jururawat bertugas di musim haji kali ini dan 38 daripadanya memberi khidmat di Pusat Rawatan Syisyah dan bakinya bertugas di Pusat Kecemasaran Abraj-Janadriyah dan Madinah.

Ditanya apakah pengalaman sedih yang pernah dilalui, Zarinah berkata, keadaan itu berlaku apabila ada jemaah yang datang ke Tanah Suci bersama pasangan tetapi terpaksa pulang berseorangan apabila pasangannya meninggal dunia di sini.

Beberapa orang jururawat baharu yang ditemui juga melahirkan rasa terharu dan baersyukur kerana berjaya dipilih untuk memberi khidmat kepada jemaah haji di Tanah Suci yang dianggap satu pernghormatan yang terbesar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini