KUALA LUMPUR – Segmen hiburan santai petang Jumaat kembali hari ini dengan alunan tiupan saksofon oleh Alif Nasir yang digelar sebagai Kenny G Malaysia.
Alif kembali di atas pentas Busking Bersama Buskers untuk menghangatkan Panggung Utusan secara langsung pada pukul 5 petang ini.
Kehadiran Alif adalah untuk memberi hiburan santai kepada mereka yang daftar masuk ke Facebook Utusan Online petang ini untuk menonton segmen hiburan Busking Bersama Buskers yang dihoskan oleh Apak.
“Saya suka mengadakan persembahan kerana itulah saya tidak pernah menolak peluang yang diberikan oleh sesiapa sahaja untuk menghiburkan orang ramai.
“Petang ini, kita santai-santai dan tenangkan fikiran. Kita berhibur dengan alunan melodi instrumental yang akan saya alunkan nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE











