Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street dan susulan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pada 9 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.01 mata kepada 1,652.57 berbanding paras penutup 1656.58 pada Khamis.

Indeks itu dibuka rendah turun 2.84 mata kepada 1,653.74.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 100 berbanding 96, manakala 176 kaunter tidak berubah, 1,556 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 84.05 juta unit bernilai RM72.12 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata, dengan pendekatan berhati-hati yang berterusan di Bursa Malaysia, risiko menurun juga dijangka muncul dalam tempoh terdekat ini.

“Persekitaran dagangan lengang juga boleh menyebabkan indeks utama kembali ke paras sokongan 1,650 dan jika ia terus turun, FBM KLCI akan berundur semula ke paras 1,644.

“Paras ketahanan masing-masing berada pada 1,660 dan 1,667,” kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan.

Di keseluruhan pasaran, Malacca Securities berkata indeks permodalan kecil FBM dijangka stabil selepas gagal mengatasi paras tertingginya bagi tahun ini pada April.

– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini