Bukti keprihatinan perpaduan kaum - Utusan Malaysia

Bukti keprihatinan perpaduan kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan seruan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhamad yang mempelawa enam parti Melayu bergabung di bawah satu parti merupakan bukti keprihatinan beliau terhadap perpaduan kaum itu.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkara tersebut merupakan satu langkah besar yang disuarakan negarawan ulung yang berjiwa besar dan sentiasa mengutamakan kepentingan orang Melayu.

“Saya mewakili seluruh jawatankuasa Srikandi amat menyokong seruan ini agar semua parti Melayu bergabung di bawah Bersatu dan perkara ini menunjukkan keutamaan beliau terhadap masa dengan orang Melayu serta setiap perbezaan pendapat seharusnya tidak menjadikan sebab perpecahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Srikandi percaya bahawa Malaysia Baharu ingin melihat sebuah masyarakat yang lebih terbuka, justeru wajar bagi orang Melayu menentukan bahawa proses itu tidak menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera berasa terpinggir di tanah air sendiri, tidak terbela kerana perpecahan Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mempelawa semua parti politik Melayu tempatan termasuk UMNO untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Katanya, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.
- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini