LONDON – Zinedine Zidane menegaskan masa depan James Rodriguez bukanlah masalahnya selepas pemain Real Madrid itu berhasrat meninggalkan kelab itu.
James dikaitkan dengan Napoli dan Atletico Madrid apabila kembali ke Santiago Bernabeu selepas dua tahun dipinjamkan Bayern Munich.
Ketua Eksekutif Atletico, Miguel Angel Gil Marin berkata kepada ESPN semalam, bahawa James enggan kekal di Real, malah tiada juga kelab La Liga yang mahukannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini bukan masalah saya, tetapu kelab. Masalah tersebut melibatkan mereka berdua, presiden, bukan saya.
Komen Zidane berhubung perpindahan pemain Real kini sering mendapat tumpuan, dengan seorang lagi pemain Gareth Bale mendakwa dia kian menghampiri pintu keluar dan berhijrah ke kelab baharu.- AGENSI











