Budak maut, kereta dipandu ibu dilanggar bas - Utusan Malaysia

Budak maut, kereta dipandu ibu dilanggar bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu dan dua adik perempuannya dilanggar sebuah bas pekerja di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 20, Jalan Johor Bahru, Gelang Patah di sini kelmarin.

Mangsa, Aaron Chong Jun Yee, 11, meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta pada pukul 4.45 petang akibat parah pada kepala.

Dalam kemalangan itu, ibunya yang berusia 43 tahun dan adiknya masing-masing berusia sembilan tahun dan tujuh tahun me­ngalami cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini