Boris Johnson Perdana Menteri baharu Britain  - Utusan Malaysia

Boris Johnson Perdana Menteri baharu Britain 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON –  Pemimpin Parti Konsevatif, Boris Johnson memenangi pemilihan parti pemerintah hari ini untuk menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu.

Kemenangan tersebut diraih ketika London dan Brussels berdepan kebuntuan dalam isu Brexit dan ketegangan diplomatik dengan Teheran.

Bekas Datuk Bandar London itu dengan mudah menewaskan pencabarnya, Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt pada sesi pengundian perwakilan Parti Konservatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memperoleh 92,153 undi berbanding  46,656 undi yang diperoleh Hunt.

Johnson, 55,  dijangka menghadap Ratu Elizabeth II dan menghadiri majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Britain tengah hari esok selepas penyandang terdahulu, Theresa May menghantar surat peletakan jawatannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini