BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 26 JULAI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 26 JULAI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG berpendapat, sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan taraf laluan motosikal di negara ini khususnya Lembah Klang. Laluan itu dianggap oleh pakar keselamatan jalan raya bagaikan sekadar ada tanpa mematuhi spesifikasi tertentu termasuk menjalani ujian keselamatan terlebih dahulu.

Dalam usaha mengurangkan kos hidup, sudah ramai memilih motosikal sebagai alternatif selain pengangkutan awam. Oleh itu saban tahun jumlah penunggang kenderaan semakin meningkat tetapi malangnya kemudahan untuk mereka masih di takuk lama.

Oleh itu bagi Awang sudah sampai masanya Kementerian Kerja Raya mengkaji secara terperinci keperluan untuk meningkatkan taraf laluan motosikal supaya tidak mengundang bahaya kepada pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kalau di Kuala Lumpur, kita sering bersungut apabila melihat penunggang motosikal tidak menggunakan laluan disediakan. Tetapi adakah kita tahu apa masalah dan kenapa mereka tidak menggunakannya?

Berdasarkan cerita kawan-kawan Awang yang menunggang motosikal, laluan tersebut tidak selamat untuk  digunakan terutamanya pada waktu malam. Selain gelap dan berlubang, ia juga menjadi sasaran penjenayah untuk mengambil kesempatan.

Justeru Awang berharap kerajaan memastikan laluan motosikal benar-benar selamat dan bukan sekadar ada. Jangan biarkan  pengguna laluan itu menggadaikan nyawa ketika keluar mencari rezeki.

AWANG – Tidak ada motosikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini