BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 25 JULAI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 25 JULAI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG sentiasa bertanya benarkah gaji tinggi akan mampu mengelakkan rasuah? Dalam banyak kes ada juga yang berpendapatan berbelas-belas ribu ringgit terlibat jenayah tersebut.

Sementara Awang mengakui kesempitan wang boleh menyebabkan manusia lupa dosa pahala, Awang juga percaya gaya hidup melampaui jumlah pendapatan turut menyumbang kepada perbuatan rasuah.

Awang bersetuju jika kenaikan gaji dan pemberian imbuhan diberikan berdasarkan bebanan tugas, bukan kerana atas dasar gaji tidak cukup. Contohnya pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mereka sepatutnya menerima gaji lebih tinggi memandangkan mereka penentu kepada keselamatan negara.

Apabila negara aman, ia sudah tentu akan menggalakkan lebih ramai pelabur. Rakyat juga dapat hidup selesa kerana keselamatan terjamin. Oleh itu Awang berpendapat, kalau gaji mana-mana golongan mahu dikaji, lakukan secara menyeluruh berdasarkan bebanan tugas masing-masing.

Sebenarnya rasuah berlaku kerana sikap tamak dan mahu hidup senang melalui cara mudah dengan menjamah wang haram.

AWANG – Bersyukur biarpun diuji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×