BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 JULAI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 JULAI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMERHATI senarai mereka yang hadir di majlis doa selamat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Shah Alam dan majlis bacaan yasin serta solat Maghrib berjemaah di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut malam kelmarin, Awang resah gelisah dengan satu perkara ini.

Risau dengan situasi politik tidak menentu sekarang akan menyebabkan kerajaan sedia ada tidak stabil, sekali gus kurang berdaya saing menangani cabaran ekonomi semasa.

Apa tidaknya, di pihak sebelah Mohamed Azmin, kehadiran beberapa menteri dan timbalan menteri ke majlis beliau termasuklah pegawai dari pejabat Perdana Menteri jelas menampakkan sentimen sokongan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di pihak menyokong Anwar pula, selain isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, kelibat menteri dan timbalan turut kelihatan ke sana.

Di dua majlis tersebut sahaja sudah ketara wujudnya dua kem dalam PKR – parti komponen terbesar dalam Pakatan Harapan (PH). Adakah imej Kabinet Malaysia baik di mata pelabur asing?

Awang bersetuju dengan peringatan seorang menteri daripada Parti Bersatu tempoh hari bahawa pertelagahan antara Anwar dan Mohamed Azmin hanya membebankan Perdana Menteri untuk merencanakan rancangan memacu ekonomi negara.

AWANG – Pantau ekonomi keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini