JAKARTA 15 Julai – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi berikrar untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pegawai kerajaan yang ‘memeras ugut’ rakyat dan memastikan amalan mengambil wang itu dihapuskan semasa penggal kedua pentadbirannya. Lapor Detik News, penegasan Jokowi itu dibuat ketika beliau membahaskan perkara-perkara yang dapat menjejaskan pelaburan semasa berucap pada majlis Visi Indonesia di Bogor, Jawa Barat, semalam. “Berhati-hati di masa hadapan. Saya akan memastikan mereka diberkas,” ujar Jokowi. Kata Jokowi, beliau akan memastikan amalan peras ugut itu tidak berlaku semasa pemerintahan penggal keduanya. “Akan saya kejar, kawal, periksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya