Bicara Najib tangguh, peguam tidak sihat - Utusan Malaysia

Bicara Najib tangguh, peguam tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Perbicaraan hari ke-43 melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan ekoran salah seorang peguam bela bekas Perdana Menteri itu tidak sihat.

Peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed yang juga mewakili Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan peguam bela, Harvinderjit Singh kurang sihat pada awal prosiding.

Malah, menurutnya, ketua barisan pembelaan iaitu peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga tidak dapat hadir dalam prosiding hari ini ekoran mempunyai kes di mahkamah berlainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atas alasan tersebut, kami dengan rendah diri memohon untuk perbicaraan hari ini dilapangkan dan disambung esok,” katanya.

Hari ini sepatutnya perbicaraan diteruskan dengan sesi pemeriksaan balas oleh Harvinderjit terhadap saksi pendakwaan ke-54, bekas pengurus perhubungan (RM) AmBank, Joanna Yu Ging Ping.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Harvinderjit pada pukul 6.30 pagi tadi dan memberitahu bahawa beliau tidak sihat.

“Pihak kami juga tidak sempat memanggil saksi lain untuk tujuan perbicaraan diteruskan ekoran pemakluman di saat-saat akhir ini,” katanya.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menangguhkan perbicaraan hari ini dan menetapkan 9 Ogos ini sebagai hari ganti selain mengarahkan Harvinderjit mengemukakan sijil sakitnya esok.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini