Berhenti cari kesalahan saya- Nabila Razali - Utusan Malaysia

Berhenti cari kesalahan saya- Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Penyanyi Nabila Razali memohon supaya netizen menghentikan tabiat mencari kesalahan artis sekali gus menghentikan kecaman dikatakan berpakaian seksi dalam persembahan pentasnya baru-baru ini.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd. Razali, 27, berkata, dia berpendapat pakaian yang digayakan tidak seksi sehingga menaikkan nafsu seperti dakwaan pengikut dalam Instagramnya.

Menurutnya, biarpun membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum ini, dia masih berpendapat pakaian yang digayakan pada majlis tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cukuplah orang kecam saya mengenai suara dan sekarang mahu kecam saya perkara berkaitan baju pula sedangkan bukan isu yang besar.

“Cuma apa yang ingin saya sampaikan kepada mereka di luar sana, janganlah terlampau mencari kesalahan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut mengenai baju berkenaan, Nabila berkata, dia menggayakan baju itu bersama baju pada bahagian dalam berwarna merah jambu kerana tidak mahu kelihatan seksi.

Katanya, sebelum menggayakan baju tersebut dia telah mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan dan keluarga.

Sementara itu, tinjauan dalam akaun Instagramnya @nabila.razali mendapati entry gambar tersebut telah pun di padamkan.

Terdahulu, dalam perkongsian tersebut, Nabila menggayakan baju jarang berwarna putih berserta baju kedua pada bahagian dalam berwarna merah jambu yang mengundang kecaman netizen.

Umum berpendapat pakaian tersebut seksi dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini