Berentap semula selepas 22 tahun - Utusan Malaysia

Berentap semula selepas 22 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya bekas murid sekolah di Shah Alam melibatkan SRK Seksyen 6 dan SRK Raja Muda membuat perhitungan kembali selepas 22 tahun menerusi sukan bola sepak, Sabtu lalu.

Salah seorang pemainnya, Mohammad Yunus Nasib, yang juga bekas murid sekolah Seksyen 6 berkata, objektif utama pertembungan semula itu adalah mengeratkan ukhuwah selepas lama terputus menerusi sukan paling popular di dunia itu.


“Sangat seronok perlawanan pada malam itu. Lebih 60 penonton hadir menyaksikannya. Sekolah Seksyen 6 seramai 23 pemain, manakala Raja Muda 21.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain mengeratkan ukhuwah di antara kami setelah sekian lama terpisah, ia juga sebagai satu ajakan kepada rakan-rakan untuk keluar bersukan demi menjaga kesihatan.

“Saingan berakhir dengan Seksyen 6 tewas 0-2 kepada Raja Muda. Bagaimanapun bagi saya kedua-duanya adalah pemenang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Mohammad Yunus, kali terakhir kedua-dua sekolah tersebut berentap adalah pada 1997 sebagai murid darjah enam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini