Benitez mata duitan - Ashley - Utusan Malaysia

Benitez mata duitan – Ashley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Mike Ashley menegaskan adalah mustahil untuk Newcastle United mengekalkan Rafa Benitez memandangkan bekas pengurus kelab tersebut lebih mengutamakan tawaran lumayan dari China sejak permulaan lagi.

Ashley mendedahkan Newcastle menawarkan kontrak selama lapan tahun bersama Benitez ketika mereka mengadakan perbincangan pada 16 Mei lalu bagaimanapun Benitez menolaknya.

Pemilik Newcastle itu membuka mulut selepas dia dikritik ekoran gagal mendapatkan kata persetujuan engan Benitez ketika mereka mengadakan perbincangan selain kutukan daripada bekas pengurus Liverpool tersebut selepas dilantik menjadi jurulatih kelab Liga Super China, Dalian Yifang yang bernilai 12 juta pound (RM61 juta) setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika anda keluar dan bercakap tentang apa yang dia lakukan adakah anda fikir dia mengutamakan bola sepak. Saya bercakap seperti ini kerana Rafa mengutamakan duit berbanding kelab.

“Dia melihat pilihan yang ada dan mengambil duit untuk pergi ke China. Itu benar-benar mengecewakan saya. Jika dia kembali ke Real Madrid atau enam kelab teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), saya faham tetapi semuanya sebab duit dan dia patut cakap daripada awal lagi.

“Pada pandangan saya, kami perlu mengekalkan Rafa. Bagi keselamatan peribadi saya, kami perlu menyimpan Rafa. Saya fikir dia juga memikirkan perkara yang sama tetapi ini tidak adil. Mungkin, saya tidak sepatutnya memiliki sebuah kelab bola sepak, merepek, tetapi saya sudah dewasa.

“Dia meminta kenaikan bayaran 50 peratus dan saya fikir kenapa dia berbuat sedemikian kerana dia tahu perkara itu tidak akan berlaku. Jika kami bersetuju, saya fikir mungkin perkara lain yang berlaku.

“Sekarang, semua orang fikir kami kehilangan dia sebab kami tidak boleh menggandakan bayarannya. Dia ada mikrofon manakala kami tiada. Saya tidak kecewa dengan dia sebagai pengurus kerana dia menjalankan tugas dengan baik.

“Cuma, saya tidak mahu peminat fikir saya tidak mahu mengekalkan Benitez. Siapa yang tidak mahukan kejayaan? Tiada sebab untuk saya menolak dia. Menuduh saya pelbagai perkara namun bukan yang ini. Kami sudah tidak tahan,” kata Ashley. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini