JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor berjaya menyelamatkan seekor burung helang berjambul dan lapan ekor landak yang merupakan spesies terancam di sebuah rumah dekat Kulai Rabu lalu. Pengarahnya, Salman Saaban berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 1 petang oleh sepasukan anggota penguatkuasa selepas menerima aduan awam berhubung kes terbabit. “Pemeriksaan kemudiannya mendapati bahawa satu ekor burung Lang Berjambul dan lapan ekor Landak Raya telah…