Bekas pegawai, anggota Batalion 21 PPH berkumpul - Utusan Malaysia

Bekas pegawai, anggota Batalion 21 PPH berkumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Sebanyak 115 bekas pegawai dan anggota Batalion 21 Pasukan Polis Hutan berkumpul dalam satu majlis pertemuan semula yang diadakan di Simpang Renggam, Johor hari ini.

Majlis makan malam Gamitan Memori Ex-Batalion 21 PPH itu turut dihadiri bekas anggota berpangkat Sarjan, Rahman Husin, 85, yang menjadi antara individu yang berkhidmat ketika Kem Batalion 21 PPH di Krayong, Pahang dibuka pada 1975.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Syed Ayub Syed Zainal berkata, bekas pesara polis itu diberi sumbangan dan penghargaan di atas jasanya selama ini terutamanya dalam menentang komunis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawasan di Krayong adalah lokasi utama komunis dan Batalion 21 antara pasukan yang diletakkan khusus untuk mengawasi serta menentang pengganas tersebut,” katanya.

Tambahnya, majlis sebegini bukan sahaja untuk memberi penghargaan, tetapi merapatkan kembali hubungan antara pegawai dan anggota yang terpisah selepas Batalion 21 dibubarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini