Bekalan air di tiga wilayah pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Bekalan air di tiga wilayah pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai- Gangguan air di tiga wilayah iaitu Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang terjejas ekoran pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan keseluruhan berdasarkan jumlah akaun pelanggan berdaftar mencapai tahap 96 peratus sehingga pukul 6 pagi ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, wilayah  yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya adalah Kuala Lumpur,  Klang / Shah Alam, Petaling dan Kuala Langat.

” Peratusan pemulihan di semua wilayah ini juga telah melebihi tahap 90 peratus iaitu Kuala Lumpur melibatkan 117,837 akaun terjejas kini mencapai tahap 99 peratus pulih.

Memuatkan artikel berkaitan…

” Sementara di Klang / Shah Alam (416,996) masing-masing mencapai  kadar 94 peratus, diikuti Petaling ( 414,955) pada kadar 96 peratus manakala Kuala Langat ( 9,571) mencapai kadar  97 peratus”, katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Tambahnya, pemantauan berterusan telah diambil dan usaha mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan sedang dipergiatkan.

“Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air kepada penduduk di kawasan yang terjejas juga digerakkan secara berterusan sehingga bekalan pulih sepenuhnya,” katanya.

Ujarnya, kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan dan menggunakan air dengan berhemat amatlah dihargai.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini