Bayi tujuh bulan maut kemalangan - Utusan Malaysia

Bayi tujuh bulan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Julai – Seorang bayi berusia tujuh bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan di dalam rumahnya di Plymouth, dekat sini.

Portal Mirror melaporkan, Jermaine Harris ditemukan terperangkap di antara dua katil sekitar waktu pagi pada 13 Februari yang lalu.

Punca kematiannya disahkan menerusi prosiding inkues yang diadakan di sebuah mahkamah koroner di sini, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Koroner, Lan Arrow menekankan prosiding tersebut dilakukan bukan untuk mencari kesalahan tetapi untuk mengenalpasti punca kematian bayi malang itu.

Dalam prosiding berkenaan, Arrow, menerangkan bagaimana ibu mangsa, Sheree menemukan anaknya itu dalam keadaan tidak bernyawa di belakang katil bayi.

Jermaine yang dikejarkan ke hospital Derriford disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini