Bayi lemas : Selangor tunggu laporan lengkap JKM - Utusan Malaysia

Bayi lemas : Selangor tunggu laporan lengkap JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Julai – Bentuk tindakan apakah yang akan diambil ke atas Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Seksyen 32 di sini, yang menyaksikan seorang bayi mati lemas semalam akan diputuskan selepas laporan penuh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) siap.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, ketika ini JKM sedang melakukan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan bahawa taksa tersebut beroperasi tanpa lesen.

“Penelitian masih dilakukan dan saya masih menunggu laporan penuh berkaitannya,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, tinjauan pemberita di taska itu mendapati pihak JKM melakukan pemeriksaan hampir setengah jam bermula pukul 11 pagi.

KENDERAAN JKM
KENDERAAN milik JKM yang datang membuat pemeriksaan ke atas sebuah taksa di Seksyen 32 Shah Alam di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati taska itu beroperasi tanpa lesen selama lapan bulan sejak Disember tahun lalu.

“Kita telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap pemilik taska berusia 30 tahun,” katanya.

Terdahulu, seorang bayi lelaki, Abdul Rayyan Mijan, 9 bulan, ditemukan lemas selepas tersembam di dalam baldi tandas taska terbabit.

Mangsa dipercayai merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya sebelum lemas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini