NEW YORK 27 Julai – Pasangan bayi kembar berusia satu tahun maut selepas ditinggalkan dalam sebuah kereta di sini, baru-baru ini.
Portal berita Mirror melaporkan, Mangsa, Mariza Rodriguez dan Phoenix Rodriguez meninggal dunia setelah ditinggalkan dalam kereta oleh bapa mereka selama lapan jam.
Bapa kedua bayi itu, Juan Rodriguez, 39, memberitahu polis dia terlupa memindahkan anak-anaknya keluar dari kereta sebelum pergi bekerja.
Memuatkan artikel berkaitan…
Rodriguez kini disiasat atas dua kesalahan iaitu membunuh tanpa niat dan kecuaian.- AGENSI











