Bayi 9 bulan meninggal dunia tersembam dalam baldi tandas - Utusan Malaysia

Bayi 9 bulan meninggal dunia tersembam dalam baldi tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Julai – Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemukan lemas dalam baldi tandas sebuah taska di Seksyen 32 di sini, tengah hari semalam. 

Mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui tidak sedarkan diri oleh penjaga taska berkenaan selepas dipercayai tersembam ke dalam baldi berikutan merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya. 

Menurut sumber, ibu mangsa dikenali Royani bergegas ke taska selepas mengetahui perkara tersebut apabila pihak taska menghubunginya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita difahamkan bahawa ibu bayi ini yang merupakan ibu tunggal menghantar anaknya pagi tadi. Malah, ibunya sempat memeluk anaknya sebelum pergi kerja.

“Abdul Rayyan disahkan meninggal dunia sebaik tiba Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun,” katanya. 

Difahamkan, pihak polis akan menahan pemilik taska itu bagi siasatan. 

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya. 

“Kita akan mengeluarkan kenyataan media hari ini,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini