Bayern tetap mahukan Sane - Utusan Malaysia

Bayern tetap mahukan Sane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bayern Munich akan mencuba segalanya untuk mendapatkan pemain impiannya, Leroy Sane dari Manchester City, kata pengendali Niko Kovac.

Sane dikatakan ingin pulang ke kampung halamannya di Jerman, dengan destinasi seterusnya adalah bayern Munich.

Bagaimanapun, pengendali Manchester City Pep Guardiola enggan melepaskan pemain berusia 23 tahun itu, sambil menyifatkan Sane mempunyai masa depan cerah di City.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu Kovac berkata, kelab sedang berusaha keras untuk mengatur perjanjian bagi mendapatkan pemain kelahiran Essen, Jerman itu.

“Bos kami telah menunjukkan pelan yang jelas. Kami sekarang sangat fokus, Leroy tahu apa yang dapat dijangkakan di sini dan apabila pemain yang hadir dengan kapasiti tinggi ke Bayern, dia akan tahu tugasnya.

“Anda boleh lihat perpindahan bukannya mudah. Namun saya tahu bahawa semua orang sedang bekerja keras untuk merealisasikannya.

“Kami akan membuat segalanya untuk memastikan perpindahan ini berlaku. Semua orang tahu Leroy Sane adalah pemain impian kami, semua tahu kami sedar akan perkara itu,” kata Kovac.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini