LIMA 29 Julai- Sekurang-kurangnya 19 penumpang terbunuh manakala lapan lagi dilaporkan cedera apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di sebuah jalan pergunungan di Peru, hari ini. AFP yang memetik jurucakap polis, Jorge Castillo sebagai berkata, berdasarkan maklumat awal, 18 daripada mangsa adalah penumpang wanita. Polis bagaimanapun mengesahkan tidak ada penumpang warga asing yang terlibat dalam nahas itu. Castillo memberitahu, polis percaya kejadian kira-kira 100 kilometer dari Lima, pukul 8.30 malam waktu tempatan itu mungkin turut melibatkan kenderaan lain ekoran kabus tebal yang menganggu jarak penglihatan. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya