Barca tak perlukan Neymar - Griezmann - Utusan Malaysia

Barca tak perlukan Neymar – Griezmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann menegaskan kelab baharunya itu tidak terdesak mendapatkan semula khidmat bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Neymar, 27, memilih untuk berhijrah ke Paris meninggalkan Barcelona dengan rekod perpindahan termahal dunia berjumlah €222 juta (RM1.02 bilion) dua tahun lalu, hangat dikaitkan akan kembali semula menyertai gergasi Sepanyol itu.

Bagaimanapun, Griezmann, 28, yang melengkap­kan perpindahan daripada Atletico Madrid dengan nilai €120 juta (RM552.6 juta) awal bulan ini, tidak merasakan ia satu keperluan utama kerana Barcelona masih mempunyai ramai lagi pemain hebat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum bercakap le­bih lanjut (mengenai prospek kehadiran Neymar), perkara utama adalah ia perlu lengkap terlebih dahulu kerana perpindahan ini sangat rumit.

“Saya akui Neymar seorang pemain yang hebat. Walaupun dia sering mengalami banyak krisis kecederaan tetapi masih lagi mampu berada pada tahap terbaik.

“Namun, anda perlu ingat kerana kami masih ada (Ousmane) Dembele, (Philippe) Coutinho dan Malcom. Pemain-pemain ini sangat penting dan kami berharap dapat me­lakukan banyak perkara hebat bersama mereka,” katanya.

Bintang skuad antara­bangsa Perancis itu perlu merebut salah satu tempat dengan Dembele, Cou­tinho dan Malcom untuk bergandingan ber­sama duo jentera serangan, Luis Suarez serta Lionel Messi di bahagian sera­ngan Barcelona. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini