MARAN – Skuad Kedah perlu memperbaiki prestasi di atas padang bagi mengelak senario sama berulang ketika tewas 2-3 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, semalam. Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata berdasarkan pemerhatian, skuad kendaliannya itu hanya berjaya mendominasi pada separuh masa pertama sebelum berpihak kepada pasukan tuan rumah di babak kedua. “Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pemain saya dan pasukan Felda United yang telah memberikan…










