Bangkai kapal 500 tahun hampir sempurna - Utusan Malaysia

Bangkai kapal 500 tahun hampir sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM , Sweden – Sebuah kapal yang tenggelam 500 tahun lalu ditemui dalam keadaan hampir sempurna di dasar Laut Baltik, lapor akhbar The Sun.

Bangkai kapal itu ditemui lengkap bersama badan, layarnya dan bot kecil yang biasanya digunakan untuk membawa anak kapal.

Sepasukan ahli arkeologi termasuk saintis dari Universiti Southampton berkata, kapal tersebut yang berlayar ketika Leonardo da Vinci masih hidup, mempunyai ‘kepentingan dari sudut arkeologi dan sejarah’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak banyak yang diketahui mengenai kapal tersebut. Ia dipercayai turut belayar pada era Christopher Columbus tiba di Benua Amerika.

Bangkai sedemikian digelar sebagai okant skepp di Sweden, merujuk kepada kapal yang identitinya tidak diketahui.

Ia berusia lebih tua daripada kapal perang Britain, Mary Rose yang tenggelam semasa peperangan pada tahun 1545.

Anak kapal karam tersebut berkemungkinan meninggalkan kapal mereka atau mati akibat penyakit kira-kira lima abad lalu, kata pasukan penyelidik itu.

“Ia kelihatan seperti baru tenggelam semalam, layarnya masih berada pada tempatnya dan badan kapal tidak pecah,” kata seorang ahli arkeologi maritim, Dr. Rodrigo Pacheco-Ruiz. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini