Bale ‘kurang ajar’ - Zidane - Utusan Malaysia

Bale ‘kurang ajar’ – Zidane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menafikan tidak menghormati bintang Wales, Gareth Bale sebaliknya pemain itu sendiri yang tidak menghormati kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Menjawab kritikan yang dilemparkan agen Bale, Jonathan Barnett yang mengatakan dirinya tidak mengenang jasa pemain itu dengan mengeluarkan kenyataan agar cepat meninggalkan Real, Zidane berkata, hakikatnya itulah yang perlu dilakukan segera.

“Saya tidak pernah merendah-rendahkan sesiapa termasuk Gareth. Saya cuma kata kelab ini sedang berusaha untuk menguruskan pemergian beliau ke kelab lain. Itu sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana Gareth sendiri tidak mahu turun bermain kerana mengetahui kelab sedang menguruskan perpindahannya,” dedah Zidane menceritakan keadaan sebenar yang berlaku demi nasib semua yang terbabit di kelab tersebut.

Jurulatih itu merujuk keengganan Bale yang memilih sendiri untuk tidak mahu bermain ketika Real menentang Bayern Munich dalam salah satu aksi jelajah pra-musim di Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu yang menyaksikan skuad gergasi Sepanyol itu tewas 1-3.

Menurutnya, sebagai masih seorang pemain Real, Bale sepatutnya perlu terus turun berlatih dan mengikut arahan kelab sekiranya diarah turun bermain pada bila-bila masa.

“Hari ini dia masih pemain Real Madrid,” tegas Zidane sambil mengesahkan Bale akan menyertai latihan bersama skuad bimbingannya menjelang pertemuan dengan Arsenal pada aksi kedua jelajah AS, di sini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini