Bale bakal menjadi pemain termahal di dunia - Utusan Malaysia

Bale bakal menjadi pemain termahal di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Gareth Bale bakal melengkapkan perpindahannya ke kelab Liga Super China, Jiangsu Suning yang membolehkannya menerima bayaran 1 juta pound (RM5 juta) seminggu.

Bintang Real Madrid itu kini memasuki fasa akhir perbincangan bersama kelab tersebut.

Ketika ini, Bale menerima gaji pokok 350,000 pound (RM1.7 juta) di Real termasuk bonus, dianggarkan dia menerima bayaran sekitar 600,000 pound (RM3 juta) seminggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, difahamkan kontrak Bale di China bernilai lebih daripada 1 juta pound seminggu sekali gus menjadikan dia sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak. Media tempatan Sepanyol menjangkakan Bale akan diikat selama tiga tahun oleh Jiangsu.

Difahamkan, Bale menerima sekurang-kurangnya 20 juta pound (RM102 juta) dalam bonus penyertaannya ke kelab tersebut dan akan dibayar selepas dia tiba di China namun sebelum dia memulakan aksi pertamanya bersama pasukan itu.

Kontraknya turut termasuk tiket penerbangan kelas pertama pergi dan balik ke Eropah selain penginapan mewah sepanjang dia tinggal di China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini