WASHINGTON 26 Julai – Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) bakal melaksanakan hukuman mati buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun.
Lapor BBC, langkah itu diumumkan oleh Jabatan Kehakiman AS.
Menurut Peguam Awam, William Barr dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan Biro Penjara (BOP) untuk menetapkan tarikh bagi pelaksanaan hukuman berkenaan untuk lima orang banduan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ujar Barr, lima orang banduan tersebut terbabit dalam kes pembunuhan atau rogol kanak-kanak dan warga emas.
Hukuman itu dijadualkan akan dilakukan pada Disember tahun ini dan Januari tahun hadapan. – AGENSI











