Arab Saudi sedia perkhidmatan 911 kepada jemaah haji - Utusan Malaysia

Arab Saudi sedia perkhidmatan 911 kepada jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 27 Julai – Arab Saudi menyediakan perkhidmatan panggilan kecemasan 911 ketika musim haji tahun ini.

Lapor Arab News, kerajaan Arab Saudi menubuhkan sebuah kumpulan sokongan yang mampu bercakap dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia dan Urdu.

Perkhidmatan 911 itu dilaporkan akan beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pusat Nasional untuk Operasi Keselamatan di Kementerian Dalam Negara Arab Saudi melancarkan pusat panggilan 911 sejak lima tahun lalu di Mekah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini