KUALA LUMPUR 4 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilihat membincangkan sesuatu dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kedua-duanya dilihat berbual atas satu sofa di lobi Parlimen sebelum Syed Saddiq membentangkan usul menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.










