Anggota bomba terkena renjatan elektrik semasa padam kebakaran - Utusan Malaysia

Anggota bomba terkena renjatan elektrik semasa padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai- Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan manakala seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah di Kampung Rampayan, Manggatal, Sabah semalam.

ANGGOTA bomba terkena renjatan elektrik di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Jamikah Ismail berkata ,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 petang dan sebanyak 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu dikejarkan untuk menjalankan operasi pemadaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian membabitkan tiga rumah yang hangus terbakar, Kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.05 petang.

“Seorang lelaki berusia 70 tahun melecur di bahagian muka ketika cuba menyelamatkan diri dari kebakaran terbabit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Jamikah, seorang anggota bomba yang menyertai operasi tersebut turut terkena renjatan elektrik namun berada dalam keadaan sedar serta stabil.

Jelasnya, anggota tersebut kini sedang menerima rawatan dan dalam pemantauan di Hospital Queen Elizabeth 2.

“Operasi sepenuhnya ditamatkan pada pukul 3.51 petang,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini