AMK Perlis nyatakan sokongan kepada Anwar - Utusan Malaysia

AMK Perlis nyatakan sokongan kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 25 Julai – Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menerajui parti itu.

Ketuanya, Nor Azam Karap berkata, pihaknya komited menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh menganggu-gugat kestabilan parti.

Dalam masa sama, beliau juga berharap semua pihak menghormati keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang telah memilih Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.

Memuatkan artikel berkaitan…

“AMK Perlis menyokong keputusan Majlis Pimpinan Negeri Perlis yang menyatakan sokongan penuh Anwar untuk terus menerajui PKR.

“Di kesempatan ini, kami memohon agar semua anggota akar umbi memberikan sokongan yang penuh kepada Anwar untuk terus menerajui parti seperti resolusi yang dicapai semasa pemukiman PKR di Port Dickson baru-baru ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, enam orang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPP) PKR telah menandatangani petisyen sokongan terhadap Anwar.

Enam daripada mereka iaitu Datuk Johari Abdul (Kedah), Amran Kamarudin (Perlis), Halim Bachik (Melaka), Azan Ismail (Terengganu), Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan), dan Mohamad Supardi Md. Noor (Kelantan).

Selepas itu, PKR Pulau Pinang dan Johor juga menyatakan ikrar taat setia dan menyokong penuh terhadap Anwar  terus memimpin parti tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini