Amirudin sedia berdepan Lembaga Disiplin PKR - Utusan Malaysia

Amirudin sedia berdepan Lembaga Disiplin PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 25 Julai – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersedia untuk berdepan Lembaga Disiplin PKR dan akan memberikan penjelasan terhadap segala perkara berbangkit.

Bagaimanapun jelas Amirudin, buat masa ini belum tahu perkara yang perlu dijelaskan Lembaga Disiplin kerana masih belum menerima surat tunjuk sebab.

“Saya tidak tahu apa lagi sebab tidak ada maklumat daripada Lembaga Disiplin. Baru malam semalam (nama disenarai untuk mengadap Lembaga Disiplin). 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Surat tidak ada jadi saya tidak boleh responlah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Selangkah ke Universiti di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, hari ini. 

Seterusnya dalam nada berkias, Amirudin berkata kalau surat itu dalam bentuk pantun, beliau akan jawab pantun tetapi kalau surat itu ajak main bola, beliau akan main bola.

“Saya tunggulah surat itu hendak cerita apa. Surat belum sampai tidak payah buat spekulasi,” katanya. 

Sementara itu, mengulas siapa dalang utama video seks seperti yang dinyatakan dalam ucapannya pada malam Ahad lalu, Amirudin menjelaskan ‘mereka’ yang dimaksudkan itu bukan seorang, tetapi ramai.

“Tidak ada satu nama pun yang saya sebut…Yang cuak sangat kenapa? Kalau hendak minta penjelasan, saya jelaskan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini