Algeria hampir tamatkan kemarau 29 tahun - Utusan Malaysia

Algeria hampir tamatkan kemarau 29 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESIR – Riyad Mahrez muncul wira Algeria apabila membantu pasukannya melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas juara tiga kali, Nigeria sekali gus mara ke final Piala Negara-Negara Afrika bertemu Senegal. Algeria mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri William Troost-Ekong sebelum Nigeria menyamakan kedudukan menerusi penalti Odion Ighalo pada minit ke-72. Bagaimanapun, ketika perlawanan seakan-akan diheret ke masa tambahan, Mahrez meledak gol kemenangan selepas melepaskan rembatan dari jarak jauh untuk menghantar skuad Desert Foxes ke final kejohanan buat kali pertama selepas memenanginya pada 1990. Algeria akan bertemu Senegal pada 19 Julai ini…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN