KAJANG – Seorang aktivis alam sekitar membuat laporan polis ke atas rakannya warga Nigeria gara-gara bimbang dijangkiti HIV selepas lelaki berkenaan mencabut kondom ketika melakukan hubungan seks di sebuah pangsapuri di Cheras pada Sabtu lalu.
Difahamkan, wanita berusia 38 tahun itu rasa dirinya tertipu sebaik melakukan hubungan intim di rumah lelaki tersebut pada pukul 1 pagi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berkenaan yang mendakwa tidak puas hati dengan seorang lelaki warga asing ketika melakukan hubung seks.
“Berdasarkan laporan, wanita berkenaan dikatakan meletakkan syarat supaya lelaki itu perlu menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks namun, lelaki tersebut mencabut kondom ketika melakukan hubungan seks.
“Siasatan mendapati wanita tersebut datang membuat laporan polis kerana takut di jangkiti penyakit HIV dan rasa tertipu dengan lelaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kes akan dirujuk ke pihak Jabatan Agama Islam Selangor. – K! ONLINE











