KUALA LUMPUR 18 Julai – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, berkata syarikat itu mahu mencari rakan kongsi dan bukannya persaingan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam ciapan Twitternya berkata, pengawal selia dan operator lapangan terbang itu sepatutnya menyokong pemegang kepentingan syarikat penerbangan dan penumpang dengan layanan adil. “Kami hanya mahu Malaysia Airports memahami model kami…










