Air tercemar: Semua pihak akan disiasat- Polis - Utusan Malaysia

Air tercemar: Semua pihak akan disiasat- Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Julai – Tiada sesiapa akan terkecuali dalam proses siasatan berhubung pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor sehingga menyebabkan gangguan bekalan air berlaku sejak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, setakat ini pihaknya kini sedang meneliti sama ada punca pencemaran tersebut disebabkan sabotaj atau kecuaian.

“Kita kini memfokuskan siasatan kepada dua punca tersebut. Namun, sekiranya siasatan menjurus kepada sabotaj, semua pihak yang ada di kawasan pontoon ini akan disiasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain tiga pemancing yang kini sedang dikesan, kita akan mengesan semua individu yang berada di sekitar kawasan tersebut pada hari kejadian. Buat masa ini, identiti pemancing yang disyaki terbabit masih disiasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, dalam sidang akhbar khas di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan tiga pemancing dipercayai menjadi punca berlakunya pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor sehingga berlakunya gangguan bekalan air.

Jelasnya, ketiga- tiga individu terbabit dikesan berdasarkan laporan polis yang dibuat Syarikat Two-B Machineries Sdn. bhd. semalam di Balai Polis Bestari Jaya dekat sini mengatakan pontoon di kawasan pengorekan pasir disabotaj. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini