Ahmad Faris Hazimi, Amrah banggakan SRI Kiblah - Utusan Malaysia

Ahmad Faris Hazimi, Amrah banggakan SRI Kiblah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Julai – Ahmad Faris Hazimi Azman 12, dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Kiblah muncul johan dalam Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat daerah ini, baru-baru ini.

Kemenangan Ahmad Faris Hazimi itu membanggakan SRI Kiblah, lebih-lebih lagi ini kali kedua berturut-turut peserta sekolah itu menjadi johan peringkat daerah sebelum menjadi wakil daerah untuk bersaing di peringkat negeri.

Sementara itu, seorang lagi murid SK Kiblah, Amrah Maruan, 11, pula dinobatkan sebagai johan kategori hafazan dan juga bakal bersaing di peringkat negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Guru Besar SRI Kiblah, Suhaina Abdullah memberitahu, Ahmad Faris Hazimi yang juga Ketua Murid seorang yang tekun dan dia mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan betul seawal usia 7 tahun.

“Sebagai persiapan menghadapi pertandingan ini, pihak sekolah mengadakan kerjasama dengan Madrasah As-Sobariah bagi membimbing murid-murid kami.

“Mereka kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi tilawah peringkat negeri pula,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini