Adakah wirid perlu dibaca kuat? - Utusan Malaysia

Adakah wirid perlu dibaca kuat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biasanya imam selepas solat akan berwirid. Adakah wiridnya perlu dibaca kuat atau perlahan memandangkan ada makmum masbuk yang masih bersolat. – JAYA, Seremban

UKE: Daripada Ibnu Abbas RA:“Sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib, adalah biasa pada masa Rasulullah. Ibnu Abbas RA berkata lagi;“Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat, jika suara mereka telah kedengaran.”-Riwayat al-Bukhari #805 dan Muslim #563.

Dalam mazhab Syafie harus dikuatkan suara untuk mengajar begitu jugak dengan pandangan ulama-ulama lain. Yang dibahaskan ialah bukan hukum berzikir selepas solat tetapi yang menjadi khilaf ialah sama ada kuat secara berjemaah atau bersendirian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maka tidaklah perlu bertelagah dalam hal ini. Berzikirlah, bertahmidlah, bertakbirlah selepas solat bersama-sama jemaah tetapi tidak perlulah menggunakan pembesar suara jika ada makmum yang masih bersolat. Jika mahu juga menggunakan pembesar suara maka berzikirlah dengan kadar suara sederhana asalkan tidak mengganggu orang yang bersolat.

Solat jamak dan qasar

Saya telah diarahkan berkursus di Jepun selama seminggu. Saya ingin bertanya kepada ustaz adakah saya boleh menunaikan solat jamak dan qasar sepanjang saya berkursus atau saya perlu solat tamam (sempurna) memandangkan saya berada di negara tersebut lebih tiga hari. Mohon panduan ustaz. – AZMI, Taiping.

UKE: Anda boleh menunaikan solat jamak dan qasar sewaktu perjalanan pergi dan balik. Semasa berkursus bersolatlah seperti biasa iaitu secara tamam (sempurna) kerana anda tinggal di tempat tersebut melebihi waktu yang diharuskan untuk jamak dan qasar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini