PARIS 25 Julai – Pertubuhan amal antarabangsa, Action Against Hunger (ACF) hari ini mengesahkan enam petugas bantuan di Nigeria telah diculik, selepas sebuah kumpulan menyiarkan rakaman video mengenai mereka yang dijadikan sebagai tawanan.
Pertubuhan yang berpangkalan di Paris menerusi kenyataan mengesahkan seorang kakitangan, pemandu dan beberapa petugas perubatan dan kesihatan tempatan antara mangsa diculik.
“Mereka adalah petugas misi kemanusiaan yang memilih untuk mengabdikan hidup mereka membantu komuniti yang terjejas di Nigeria,” katanya dengan mendesak agar semua petugas bantuan itu dibebaskan dengan segera. – AFP.
Memuatkan artikel berkaitan…











