KOTA BHARU – Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyaksikan kejutan yang ‘mengejutkan’ apabila Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menarik diri daripada perebutan jawatan No.1 badan induk itu esok. Abdul Rashid berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pelbagai perkara yang menjadi asas utama kepada usaha menggerakkan bola sepak Kelantan terutama faktor kewangan. Menurutnya, komitmen dan tumpuan sedia ada kepada urusan parti di peringkat negeri dan pusat turut menjadi faktor beliau menarik diri. “Saya turut mempunyai tugas khas mengendalikan satu jawatankuasa penting berkaitan dengan reformasi pilihan raya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya