KUALA LUMPUR – Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan di sekitar Petaling Jaya dekat sini selepas dipercayai terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah pada 3 Julai lalu. Kesemua mereka yang berusia 19 sehingga 40 tahun itu ditahan menerusi Op Sarang yang dilakukan bagi memantau kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di daerah itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, hasil tangkapan itu juga, pihaknya turut…










