RIO DE JANEIRO 29 Julai – Sekurang-kurangnya 52 banduan terbunuh dalam rusuhan antara dua kumpulan di sebuah penjara di utara Brazil, semalam. AFP yang memetik pegawai di jabatan penjara Para sebagai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan itu, 16 daripada banduan yang terbunuh itu ditemukan dalam keadaan kepala dipenggal. “Pergaduhan itu berlanjutan beberapa jam dan pihak berkuasa hanya berjaya mengawal keadaan pada tengah malam ini,” katanya di sini hari ini. Dalam pada itu, kumpulan itu turut menjadikan dua pengawal keselamatan penjara tersebut sebagai tebusan sebelum membebaskan mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya