YANGON 26 Julai – Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam satu pertelingkahan berkaitan pemilikan tanah yang bertukar menjadi insiden keganasan di wilayah Magwa, beberapa hari lalu.
Punca pergaduhan yang berlaku pada 23 Julai itu masih belum dapat dipastikan sehingga kini.
Wakil Rakyat wilayah Magwa, Tint Lwin berkata 25 mayat ditemukan manakala 13 lagi individu dilaporkan masih hilang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Berlaku pergaduhan yang amat serius. Saya tidak pernah berdepan pengalaman seperti ini,” katanya.
Lwin menambah ratusan penduduk terlibat dalam tragedi berdarah itu namun tiada tangkapan dibuat setakat ini memandangkan pihak berwajib masih melakukan bedah siasat terhadap mayat mangsa dan menyiasat punca kejadian.-AFP











