240 peket gula-gula ‘Ghost Smoke’ dirampas KPDNHEP Manjung - Utusan Malaysia

240 peket gula-gula ‘Ghost Smoke’ dirampas KPDNHEP Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITIAWAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung merampas 240 peket ‘Ghost Smoke’ yang dijual di sebuah kedai runcit di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Manjung, Akram Karim Mohamad Arip berkata, rampasan tersebut dibuat hasil pemeriksaan lima Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Manjung di beberapa buah premis di sekitar Sitiawan.

“Hasil pemeriksaan dalam operasi yang  bermula pada pukul 10.30 pagi itu telah menjumpai sebanyak 240 peket gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang disimpan di sebuah kedai runcit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KPDNHEP telah merampas gula-gula tersebut yang bernilai kira-kira RM76.00 dan kesemua barang sitaan disimpan di stor ekshibit KPDNHEP Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 5(1) Akta Perihal Dagangan 2011 (Larangan Perihal Dagangan Palsu).
Menurut Akram Karim, KPDNHEP memandang serius terhadap peniaga-peniaga yang menjual gula-gula ‘Ghost  Smoke’ yang popular dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. 

“Ini kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada gejala-gejala negatif memandangkan gula-gula tersebut berfungsi seakan-akan rokok. 

“Kami juga menegaskan agar peniaga tidak menjual atau menyimpan gula-gula ini dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini