STOCKHOLM 24 Julai – Syarikat pengendali kapal Sweden, Stena Bulk mengesahkan semua 23 anak kapal Stena Impero yang dirampas oleh Iran di Selat Hormuz minggu lalu, berada dalam keadaan selamat dan sihat.
Lapor Reuters, perkara itu dimaklumkan oleh Stena Bulk selepas bercakap dengan kesemua anak kapal.
“Kami telah berhubung dengan anak kapal malam semalam menerusi panggilan telefon dan mereka semuanya selamat dan dalam keadaan sihat serta mereka bekerjasama dengan baik,” kata jurucakap Stena Bulk, Pat Adamson.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Stena Bulk, Erik Hanell berharap panggilan telefon semalam merupakan penanda pertama untuk melihat perkembangan positif daripada pihak berkuasa Iran. – AGENSI











