21 pasukan sertai kejohanan kriket enam sebelah antarabangsa Kuantan CA - Utusan Malaysia

21 pasukan sertai kejohanan kriket enam sebelah antarabangsa Kuantan CA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 25 Julai – Seramai 21 pasukan kelab akan menyertai kejohanan kriket enam sebelah antarabangsa Kuantan Persatuan Ceylon (CA) kali ke-50 di Padang Kemunting di sini.

Presiden CA Pahang, V. Gunendran berkata, kelab-kelab tempatan termasuk luar negara antaranya dari Singapura, Bangladesh, Australia, England, kuasa besar kriket Asia, Sri Lanka dan India bakal menyertai kejohanan tiga hari bermula esok yang akan berakhir 28 Julai ini.

“Menerusi penyertaan beberapa negara terutama dari Sri Lanka dan India, kita percaya pengalaman yang dimiliki negara berkenaan akan membantu memberi pendedahan kepada pemain negara dan mengalakkan lebih ramai peminat kriket di Malaysia. Lagipun ia akan membatu mempopularkan sukan tersebut yang kini mempunyai ramai peminat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila kejohanan sulung dianjurkan, ia bertujuan untuk menjalin hubungan rapat di kalangan masyarakat selepas insiden (rusuhan) yang berlaku pada 1969. Kini, kejonanan ini membantu mengembalikan kegemilangan sukan ini serta membantu mempromosikan pelbagai tarikan pelancong di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Gunendran berkata, kejohanan di Kuantan itu merupakan salah satu kejohanan kriket enam sebelah yang masih aktif dijalankan di dunia.

“Kejohanan Kriket enam Sebelah Antarabangsa Kuantan CA turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records pada 2009 sebagai kejohanan enam sebelah paling lama yang masih dianjurkan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Kejohanan Dr. S. Sandraprakash berkata, pada edisi tahun ini, hadiah wang tunai RM20,000 ditawarkan bersama empat anugerah individu termasuk pemain terbaik kejohanan.

Jelasnya, bekas pemain kriket profesional Sri Lanka, Ajantha Mendis merupakan antara nama besar yang pernah mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.

“Bermula sebagai trofi Elagupillai pada 1969, sebelum ia dikenali sebagai Kejohanan Kriket Enam Sebelah Antarabangsa Kuantan CA sejak tahun 1994,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini